Monday, July 10, 2017

Akh Yang Tak Menyentuh



Bismillah...

"Alhamdulillah kita masih hidup. Walau kelihatan seakan-akan aku sudah tidak layak menjadi hamba kepada-Nya. Manakan tidak, setiap hari dosa kian bertambah namun amal masih tak ke mana. Tapi, Allah itu Maha Pengampun. "


Terus terang aku katakan, aku takut. Aku takut berjumpa dengan Allah dalam keadaan aku serupa ini. Malu. Macam baru lepas jatuh tergelincir sebab lantai licin sambil bangun lap-lap punggung. Tapi masih malu sebab nampak seluar basah. Ah. Memang memalukan.


Di saat aku melihat teman-teman seperjuangan semakin semangat kedepan menganggkat panji-panji Illahi, aku masih di belakang duduk mencangkung sambil main kuis-kuis tanah. Ketinggalan. Aku memang rasa ketinggalan. Mungkin kalian terlalu hebat berbanding aku.


Dulu kala... Saat aku di Shah Alam, aku bersama teman-teman begitu semangat ingin menebarkan keseronokan dan kegembiraan kepada hadek-hadek terchinta aku punya masalah. Ya, masalah.



Aku masih ingat ditegur oleh seorang murabbi hebat;

"Antum semua dah ada mad'u belum? Ada yang tak da lagi?"

Suku dari kami menjawab tiada sambil geleng kepala (termasuk aku).

"Kalau kita betul-betul buat kerja da'wah, tak mungkin tak dapat mad'u. Paling kurang antum patut ada dua orang mad'u sorang. Tak kan sorang pun tak dapat."

Aku tersedak gitu.

*ayat di atas tak mungkin sebijik*



Oh. Aku sangat terasa. Ketiadaan mad'u. Bukan aku tak berusaha. Dapat sorang, tengok-tengok ikhwah lain pun tengah DF dia. Herm. Lepaskan. Dapat yang lain. Pun dah ada ikhwah tengah DF dia. Nak cuba yang lain dah tak dapat.


Tambahan aku bukan seorang ikhwah yang hebat dalam berkata-kata. Sekali dia buka mulut habis semua adek-adek jatuh tsiqah macam jatuh cinta. Aku memang tak hebat dalam membasahkan jiwa-jiwa manusia. Hampir saja aku digelar sombong di kalangan ikhwah. Namun aku tak pernah kesah, kerna aku akui kelemahan aku itu.


Hingga saat ini, untuk memulakan perbualan bukan kepakaran aku. Setiap kali jumpa ikhwah yang baru aku kenal, aku hanya boleh senyum-salam-cium laga pipi. Itu je yang termampu. Tapi lepas sehari dua, borak sampai dua tiga pagi tak henti pun aku mampu. Itu pelik. Hehe.


Memang, mungkin aku bukan akh yang mampu menyentuh. Dan aku pernah nyatakan masalah ini kepada seorang murabbi yang terkenal dengan sarkastik hebatnya. Memang habis berani mati ni.


Jawapan murabbi itu cukup mudah;

"Macam mana dengan mutabaah amal enta ari ni. Lengkap?"


Saat itu memang diam. Sebab pagi je, kalau tak memang cengkerik dah buat bunyi famous dia. Memang betul dia murabbi hebat. Kalau aku benar-benar dekat dengan-Nya mana mungkin aku mengeluh sedemekian rupa.


p/s: jalan ini tak akan sekali-kali aku tinggalkan.
-gagakhitam- ^.^

Sunday, February 2, 2014

Kehidupan




Bismillah....

Tajuk tu cliche. Cliche sangat. Mungkin kalau buat jalan-jalan blog (baca: blogwalking) kita boleh jumpa tajuk serupa. Sama ada penulis blog memang tak ada idea atau sekadar menulis memenuhi masa. Ok, itu terasa. Err..

Tapi! (nada tak puas hati)

Walau tajuk tu cliche, masih ramai terperdaya dengan kehidupan. Ah ha! Hehe. Mesti korang dah main agak-agak. Ingat aku nak cerita pasal manusia kejar dunia la tu. Ops sama sekali tidak. Biar tajuk cliche, tapi idea aku tak main tiru-tiru. Eh.


Aku teringat kata-kata seorang cikgu ni.

"Kita selalu terpengaruh dengan barat, sampaikan kalau sebut pasal kehidupan kita akan cakap hidup ni macam roda, ada naik dan turun. Sedangkan rasul ajar kita kehidupan ni umpama tiga perkara; peperangan, permainan dan perniagaan."

Sumber mana, aku tak pasti. Tapi itu bukan perkara pokok. Itu mungkin perkara bunga mak cik senah yang kuncup tak kembang-kembang. Ok, melalut. 

Sebenarnya aku nak korang berfikir. Andai betul rasul kata begitu, kenapa agaknya? Ok again jawapan cliche akan muncul tak sudah.

Aku nak korang main jauh sikit. Camni...


Cuba bayangkan korang sedang berperang. Wajib ada orang mati sini sana. Ada orang mati ketika sedang cuba menyerang musuh, ada jugak mati sedang lepak-lepak minum kopi dekat pangkalan, tetiba kena bom. Nampak? 
Mati. Jadi mati memang tak boleh lari dari hidup. Dan kita boleh mati tetiba tanpa diduga. Jadi nak mati ketika berperang atau mati ketika futur.? Itu pilihan.


Permainan. Bila kita main mesti ada cara main, teknik dan peraturan. Bahasa mudah, guideline permainan. Tak nak ikut? Tak ada masalah. Tapi bila muncul masalah, tak tau sapa betul sapa salah. Elok dari main dah jadi gelanggang gusti. 
Itu dia hidup. Kena ada jalan, peraturan dan cara untuk jalani kehidupan. Tak nak ikut, tak ada masalah. Tapi bila kita bermasalah, kita jadi kusut, pening, hanyut. Tak tau mana nak rujuk. Jadi ambil quran, peluk erat-erat dan cakap 'Ini buku peraturan kehidupan aku' sambil buat muka comel kelip-kelip mata. Muntah.


Dalam berniaga mesti ada risiko. Paling penting ada main kotor. Itu lumrah bukan fitrah. Tapi itu realiti perniagaan. Memang kita tak mungkin main kotor. Tak kan ikhwah akhwat depan saya begitu. Saya percaya antum. Senyum kenyit mata. Namun akan ada orang dengki lihat kejayaan kita. Kena santau lah, sihir lah, hantar lah. Begitu juga hidup. Mana mungkin kita boleh menggembirakan hati semua orang seperti mana gembira terlocat-locat ikhwah/akhwat lain dengan kita. Nabi yang akhlak nya seperti al-quran masih ada yang benci. Ini pulak kita. Oleh itu pabila mengisi jawatan sebagai daie. Bersiap sedia kena manderam. Ok. Itu menakutkan. Sila baca tiga qul banyak-banyak.



Baiklah itu semua cuma huraian tersirat tak dalam mana oleh saya. Sekadar berkongsi. Namun maksud cuba disampaikan di sini adalah kehidupan tak mungkin manis. 
Hidup dalam kepahitan realiti kehidupan itu lebih baik dari hidup dalam kemanisan mimpi.. Ala Cewaah. So sweet gitu! Abaikan.


-gagakhitam-
#semoga kita hidup dibawah rahmat-Nya...
^.^Y

Sunday, March 24, 2013

Keluhan

Bismillah,

Salam buat kalian.. 

Ternyata diri ini terlalau lemah, pabila ditimpa musibah. Ia tumbang seakan pokok yang ditimpa angin lintang. Tak mampu berdiri kembali. Kekal terbaring di tanah buat selamanya.

Memang, musibah itu ujian. Ujian yang jarang ku gagal tempuhi. Tapi entah kenapa, kali ini aku seakan tidak berjaya. Seperti ada yang tak kena. Seolah ada satu yang tersembunyi dari mata hati ini.

Hampir berbulan lamanya. Aku menyepi dari dunia. Menjadi manusia yang tidak wujud dia alam fatamorgana. Namun aku harus akui. Aku dihimpit rasa bersalah pada mereka.

Aku tidak patut begini. Mereka memerlukan aku sebagai mana aku memerlukan mereka. Tapi aku khuatir, mereka tidak mampu menerima aku dalam keadaan begini rupa.

Hati. Banyak bermain bicara

Akal. Banyak mempersoalkan perkara.

Jiwa. Mati di tengah-tengah mereka.

Sampai bila?

Aku belum ada jawapannya......

-gagakhitam-

Thursday, January 3, 2013

Aduh, itu Berat!!

Bismillah...

"Ternyata mengangkat sesuatu yang berat itu merupakan beban yang menyakitkan anggota badan. Inikan kau cuba 'mengangkat' amanah yang diberikan. Ia lebih menyeksa dan membebankan. Namun  bukankah dulu kau yang beriya-iya ingin menjadi sebagai khalifah di saat gunung-ganang, pokok-pokok tidak mampu menerimanya. Ah, memang sudah ku duga. Kalian tak kan ke mana"


Kehidupan kita ini diberikan bukanlah untuk buang-buang masa. Ya. Kalian pasti akan menjawab kita hidup untuk beribadah dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini. Kalian tahu akan itu....


Tetapi di manakah kefahamannya.? Di saat kita diuji sedikit, kita sudah lupa akan dua tujuan hidup yang jelas dan nyata itu. Tak percaya. Lihatlah diri kita, di saat dikejut bangun subuh kita mengeliat kepayahan dan bukannya teruja seperti mana kita bangun di saat ingin pergi berjalan-jalan dengan kawan-kawan... Oh.


Tidak cukup lagi? Di saat kalian disuruh mengambil quran untuk dibaca, kenapa langkah kita begitu perlahan dan tidak selaju di saat kita berlari mengejar makanan yang disiapkan oleh ibu tercinta... Aduh.


Mahu lagi? Di saat kita diajak berzikir mengingati-Nya, sepuluh minit itu sudah terlalu lama sedangkan jika berbicara dengan teman-teman (couple lagi tak patut) berbual-bual dari malam ke pagi pun masih dirasa tak cukup... Ermm.


Sudah terang bukan. Jelas sangat. Adeh, janganlah pura-pura tak nampak lagi. Ya, faham. Kita ini manusia yang lemah gemalai dan hina serba-serbi. Eh. Dan kerana itulah jugak tulisan ini dimunculkan di hadapan kita. Cuma peringatan, jangan lah melenting-lenting.


Ada juga yang kata, "Aku bukan apa, kadang-kadang nak buat tu semua nya rasa berat kot. Bukan mudah tu." E..Eh..??


Beban tu memang berat tapi kalau dipaksa ia akan tersa ringan. Inikan pula kalau dibuat penuh dengan rasa cinta dan ditambah rindu dan sayang. Lagi merasa tak puas-puas pula. Hohoi.


Ada satu kisah yang lebih kurang begini. Demi menyelamatkan nyawanya, seorang kelasi mesti mengalihkan sebuah peti yang sangat berat. Lalu dengan sedaya upaya dia mengangkat dan membuangnya di laut. Kemudian apabila sampai di darat. Dia disuruh sekali mengangkat sebuah peti yang sama beratnya. Ternyata dia tidak mampu walaupun seinci. Inilah dikatakan kuasa keterpaksaan. Hoyeah.


Jadi kita seharusnya memaksa diri menunaikan tujuan hidup kita dangan penuh semangat juang yang tunggi. Dan dalam masa yang sama, cuba ditambah kan kefahaman, agar cinta itu mula berputik lantas segala dilakukan mengundang perasaan gembira tak terkata. Amboi.





p/s: jangan buat-buat lupa tujuan hidup kita, takut nanti Dia lupa pada kita.
-gagak hitam-

Friday, November 23, 2012

PELAKON

Bismillah...

"Air mata mengalir lagi. Entah kali ke berapa. Bukan aku tak mengira. Cuma aku terlupa. Ya, terlupa. Kerna air mata ini mengalir hanya perlu. Sekadar turun untuk menunjukkan kepada dunia aku sedih. Noktah. Selepas itu ia lupa untuk apa. Lantas bergembira, sehinggalah air mata itu diperlukan pada akan datang. Sekali lagi ia akan mengalir. Hanya menjalankan rutin bodoh itu. Kini, tanda seru."


Bendera gah berkibaran. Sesekali kejeritan kedengaran. Oh, semangatnya mereka. Aku terkesima. Seolah melihat sekawanan singa sedang mengaum pada mangsanya. Hanya menunggu masa. Menakutkan. Aku cuba menafsir tindakan mereka lakukan. Seperti pernah aku menyaksikan.

Eh. Tidakkah dulu ada juga segolongan manusia seperti ini. Melaungkan perkataan yang hampir sama. Kibaran bendera serupa. Tangisan dan teriakan yang tidak jauh beza. Hurm. Seperti menyaksikan ulang tayang drama di media. Cuma pelakonnya ditukar ganti. Tapi, skrip dan jalan cerita masih digunakan yang sama. Tidakkah mereka bosan?

Rupanya itu bukan lakonan. Aku mengerti. Cuma kenapa ia dilakukan semula. Dulu aku pernah menyaksikannya. Kemudian manusia seperti mereka hilang entah ke mana. Hanya wujud bila perlu. Hadir bila diminta. Muncul bila terdesak. Oh, lupa. Mereka manusia......


**************

A: Rasa makin semangat kot, bila aku join demo ni. Nanti kalau ada lagi kau roger la aku.

B: Ha, kan. Tu la. Aku dah cakap. Best kot join demo ni. Boleh express perasaan. Biar I****L laknatullah tu tahu. Dia ingat kita ni penakut. Puiih.

A: Betul tu bro. Tapi lepas ni ckp awal skit la. Boleh aku ajak awek aku sekali. Baru ramai beb.

B: Boleh. No prob ar. Pape pun jom, kita pergi lepak warung mamak dulu. Awal lagi ni kot. Malam sikit kita balik la.

A: Alrite. Cam bese la bro. K?


**************


Ternyata manusia belum faham. Ada yang lebih penting dari apa yang kalian sedang lakukan sekarang. 



p/s: menjadi 'mukmin yang faham' adalah solusi kepada malapetaka ini. -gagakhitam-

#bebaskan gaza#

Sunday, October 21, 2012

Obses Mentarbiyyah...

Bismillah....

" Di saat melihat aksi-aksi 'wayang' masyarakat kini. Hatiku terdetik, tiadakah manusia lagi di muka bumi ini? Seolah-olah mereka hanya menjadi 'penonton yang riang' menyaksikan aksi ganas, lucah, dan panas-pedas pabila disajikan di depan mata. Apakah 'pengarah wayang' itu redha pelakon-pelakonnya beraksi melampaui kebatasan seorang manusia. Apakah penulis skrip itu senang melihat ceritanya dipertontonkan pada matlamat dan cara yang pincang dari tujuan tulisan yang asal. Adakah mereka redha? "


Penat. Aku berhenti untuk mengisi tenaga yang diberi dari Rabb Maha Berkuasa. Kepalaku berpaling. Ternyata aku mendengar perkataan yang 'asing' itu di bumi ini ~Tarbiyyah. 

Kelihatan dua syabab sedang berbual.... Dahi berkerut-kerutan seolah sedang memikirkan solusi bagi masalah umat.

Aku cuba mencatit bualan mereka dalam otak kecilku..,


**********
Akhi A: Assalamualaikum akhi. Maaf bertanya. Tapi sejak kebelakangan ni akhi makin berubah...

Akhi B: Apa yang berubah nye akhi? Ana masih lagi sahabat enta seperti dulu. *buat-buat x faham*

Akhi A: Bukan itu maksud ana. Sejak kebelakangan ini akhi macam semakin rancak menegur kesalahan  orang. Kadang-kadang kesalahan yang kecil pun enta nak tegur. Risau ana tengok. Takut-takut......

Akhi B: Akhi... Kita diwujudkan untuk mentarbiyyah manusia. Ana hanya menjalankan tanggung jawab sebagai seorang khilafah. Berusaha untuk menegur manusia yang melakukan kesalahan agar kita sentiasa di landasannya. Biar ia perkara yang kecil mahupun besar. Kadang-kadang masalah kecil inilah yang mampu memusnahkan kita. Kerana kita sering tidak ambil peduli tentangnya. Benarkan akhi? Kalau salah enta betulkan ana.

Akhi A: Betul tu akhi. Takde salah pun fikrah enta tu. Tapi akhi... Kadang-kadang kita asyik menegur kesalahan orang sampai kita lupa pada kesalahan sendiri. Bukankah lebih baik kita mentarbiyyah diri kita? Daripada kita asyik sibuk nak betulkan orang.

Akhi B: *menarik nafas dalam dan mengeluh* Erm.. Akhi... Tarbiyyah itu seperti perasaan cinta dan kasih sayang. Kita tarbiyyah atau tegur orang lain bukan kerna kita sudah cukup ditarbiyyah. Tapi atas dasar kasih sayang itu, kita seronok menegur mereka. Cinta kalau hanya diberi oleh sebelah pihak ia tidak membawa kebahagiaan. Begitu juga dengan tarbiyyah. Ia takkan rasa seronok jika hanya sebelah pihak sibik mentarbiyyah. Sebab itu akhi dicipta. Untuk mentarrbiyyah ana pulak. Betulkan kesalahan ana. Sebab kita manusia yang lemah, susah nak nampak kesilapan sendiri. Saling mertabiyyah akan memaniskan ukhwah itu akhi....

Akhi A: *terdiam membisu* Hurm... Maafkan ana ya akhi. Ana cuba melemahkan semangat tarbiyyah enta. T.T

Akhi B: Enta x salah. Alhamdulliah, Allah menghatar enta untuk mentarbiyyah ana hari ini. Jadi ana harap akhi sudi menjadi pasangan tarbiyyah ana selepas ni. 

Akhi A: Insya-Allah...

*********
alt


Ternyata manusia itu dicipta bersama bukan atas dasar suka-suka. Sudah pasti ada hikmahnya. Obses tarbiyyah adalah kebaikan bagi sekalian manusia.




p/s: Allah adalah pentarbiyyah yang Maha Hebat.... -gagakhitam-

Tuesday, October 9, 2012

Peperiksaan Dunia.

Bismillah,

"Musim peperangan antara manusia dan kertas nampak nya sudah mula kelihatan. Aktiviti meletihkan otak dengan muntahan lautan ilmu tanpa rela giat dilakukan tanpa belas dan kasih. Kitab mula ditukar dengan buku pelajaran, zikir diganti dengan hafalan formula-formula dunia. Ah! Aku sudah terlalu biasa dengan fenomena begini, hingga aku sudah bosan!"



Peperiksaan. Pelik sekali aku dengan perkataan tersebut. Kesannya hingga mampu mengubah manusia begitu pantas. Dari lemah jadi pandai, dari pemalas jadi rajin, dari kaki tidur jadi kaki 'tinggal atas' (baca: stay up). Kuasa yang seolah-olah memberikan manusia tambahan tenaga.

Salah? Oh. Aku tidak mengatakan ia salah wahai manusia. Cuma..... Aku sedih. Melihat kau berubah bukan kerna-Nya. Kau semua seolah-olah mengejar dunia. Setiap dari kalian merelakan diri menjadi peserta kepada perlumbaan yang tidak menguntungkan... Hanya mencari sesuatu yang tak berkekalan.. Apa kau lupa tujuan kau dihidupkan?


Tidak. Aku bukan ingin menghukum kalian yang sememang nya lebih mulia dari diriku. Aku hanya dengan pelik sikap manusia yang terlalu berpura-pura.... Apa kau sangka Dia menyukai perubahan yang bersifat sementara? Tidak ku sangka, kau terlalu jahil akan dunia. Manusia.... Apakah kau lupa yang sekarang kau juga sedang menghadapi peperiksaan Peperiksaan yang jauh lebih penting dan harus 'dijawab' dengan berhati-hati. Ya, ia peperiksaan dunia untuk akhirat.

Apa yang ku harapkan.....
Bukankah lebih baik kesugguhan kau itu turut ditabur dalam beribadah kepada-Nya. Bukankah lebih cantik, semangat kau yang tinggi itu turut diserap ke arah mengembangkan agama Nya. Bukankah lebih moleh kekuatan kau itu turut digunakan untuk mempertahankan agama-Nya.


Renungkanlah,
Sejauh mana sudah kalian korban untuk agama
Sudahkah ia lebih daripada perkara dunia yang sia-sia.

Tanyakanlah,
Apakah keputusan lulus atau gagal itu lebih penting,
Daripada syurga atau neraka yang bakal kalian diami selamanya?

Fikirkanlah,
Adakah kalian benar-benar menuntut ilmu itu demi mencapai redhaNya,
Atau sebenarnya ia sekadar untuk mendapat pujian dan pandangan mulia dari manusia yang hina.


p/s: sedang cuba mengepak kembali setelah terlalu lama kelemasan.
-gagakhitam-