Friday, November 23, 2012

PELAKON

Bismillah...

"Air mata mengalir lagi. Entah kali ke berapa. Bukan aku tak mengira. Cuma aku terlupa. Ya, terlupa. Kerna air mata ini mengalir hanya perlu. Sekadar turun untuk menunjukkan kepada dunia aku sedih. Noktah. Selepas itu ia lupa untuk apa. Lantas bergembira, sehinggalah air mata itu diperlukan pada akan datang. Sekali lagi ia akan mengalir. Hanya menjalankan rutin bodoh itu. Kini, tanda seru."


Bendera gah berkibaran. Sesekali kejeritan kedengaran. Oh, semangatnya mereka. Aku terkesima. Seolah melihat sekawanan singa sedang mengaum pada mangsanya. Hanya menunggu masa. Menakutkan. Aku cuba menafsir tindakan mereka lakukan. Seperti pernah aku menyaksikan.

Eh. Tidakkah dulu ada juga segolongan manusia seperti ini. Melaungkan perkataan yang hampir sama. Kibaran bendera serupa. Tangisan dan teriakan yang tidak jauh beza. Hurm. Seperti menyaksikan ulang tayang drama di media. Cuma pelakonnya ditukar ganti. Tapi, skrip dan jalan cerita masih digunakan yang sama. Tidakkah mereka bosan?

Rupanya itu bukan lakonan. Aku mengerti. Cuma kenapa ia dilakukan semula. Dulu aku pernah menyaksikannya. Kemudian manusia seperti mereka hilang entah ke mana. Hanya wujud bila perlu. Hadir bila diminta. Muncul bila terdesak. Oh, lupa. Mereka manusia......


**************

A: Rasa makin semangat kot, bila aku join demo ni. Nanti kalau ada lagi kau roger la aku.

B: Ha, kan. Tu la. Aku dah cakap. Best kot join demo ni. Boleh express perasaan. Biar I****L laknatullah tu tahu. Dia ingat kita ni penakut. Puiih.

A: Betul tu bro. Tapi lepas ni ckp awal skit la. Boleh aku ajak awek aku sekali. Baru ramai beb.

B: Boleh. No prob ar. Pape pun jom, kita pergi lepak warung mamak dulu. Awal lagi ni kot. Malam sikit kita balik la.

A: Alrite. Cam bese la bro. K?


**************


Ternyata manusia belum faham. Ada yang lebih penting dari apa yang kalian sedang lakukan sekarang. 



p/s: menjadi 'mukmin yang faham' adalah solusi kepada malapetaka ini. -gagakhitam-

#bebaskan gaza#

0 comments: