"Oh, perasaan teruja memenuhi ruang-ruang kosong dalam hati dan jiwa.
Ramadhan yang penuh dengan sesi kepenatan dan kelaparan teramat telah pun tamat.
Selepas ini sesi mencampakkan makanan ke dalam perut akan bermula dengan jayanya.
Namun itu hanyalah angan-angan kosong dari sarkah nafsu berdarahku."
Di saat ini, aku melihat banyak manusia sudah lupa diri. Hilang terus ingatan, seolah baru lepas dari pengsan. Mereka dengan teruja menyambut syawal dengan gembira. Makanan dihidang diratah dengan paksa. Tanpa sedikit pun ingatan kepada mereka yang kelaparan.
Mungkin kerna mereka merasa seolah-olah baru terlepas daripada penjara keseksaan. Yang menyeksa jiwa makan mereka yang selama ini dahagakan sirap bandung dan laparkan kebab Pak Mat tepi jalan. Ah, ternyata jiwa manusia ini sukar difahami.
Bukan kah mereka sedar yang kita in saudara se-Islam. Namun, kenapa mereka masih tergamak melupakan saudara yang lain di saat mereka dilimpahkan dengan kenikmatan. Ternyata didikan Ramadhan hanya sekadar pengisian kosong bagai angin tiupan petang, sedikitpun tidak meninggal kesan. Bulan yang dikatakan sebagai bulan tarbiyah buat diri agar ingat kepada mereka yang sering dalam kesusahan. Tetapi ternyata ingatan itu sekadar sambutan tahunan.
Manusia, jika kau mampu melihat apa yang sedang ku saksikan pasti kau akan terdiam dan terkesima. Melihat aneh dan jijik nya perangai manusia termasuk diri kau, yang sering lupa akan kewujudan Sang Pencipta.
p/s: ingin ku tebang ke Rohinggya bagi membantu mereka di sana.
-gagak hitam-

0 comments:
Post a Comment